Perkhidmatan Perakaunan Dan Percukaian


Keperluan Menyediakan Laporan Kewangan

Setiap syarikat, perniagaan tunggal/ enterprise dan perkongsian yang beroperasi dikehendaki menyediakan Laporan Kewangan setiap tahun untuk melaporkan kedudukan kewangan dan hasil operasi syarikat. Laporan Kewangan diperlukan untuk dihantar ke badan-badan berikut:-

1. SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (AKTA SYARIKAT 1965)

Semua syarikat sdn. bhd. dikehendaki menghantar Laporan Kewangan bersama-sama Penyata Tahunan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setiap tahun tanpa mengira samada syarikat aktif atau tidak. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kompaun dikenakan oleh SSM.

2. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967)

Laporan Kewangan ini akan digunakan untuk mengisi maklumat dalam Borang Cukai sebelum pemfailan dibuat ke LHDN setiap tahun. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kompaun dikenakan oleh LHDN.

Perkhidmatan Perakaunan

  • Kami menyediakan perkhidmatan perakaunan untuk pemilikan tunggal (enterprise), perkongsian dan Sdn. Bhd. untuk bulanan dan penyediaan untuk tahunan. Yuran RM 200 – RM500 sebulan bergantung kepada beban kerja dan bilangan transaksi. Manakala yuran untuk kerja-kerja perakaunan yang lengkap setahun adalah antara RM 500 – RM 4,000.
  • Dalam penyediaan akaun, dokumen-dokumen berikut diperlukan:-
  1. Penyata bank dan keratan buku cek.
  2. Baucer pembayaran.
  3. Senarai invois jualan.
  4. Senarai invois belian.
  5. Bil-bil resit perbelanjaan perniagaan.
  6. Lain-lain dokumen berkaitan perniagaan seperti perjanjian sewabeli kenderaan, perjanjian pinjaman perniagaan dan sebagainya.
  • Pihak kami akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah perakaunan. Hubungi kami jika terdapat persoalan atau inginkan penjelasan lanjut.

Apabila kerja-kerja perakaunan siap sehingga ke akaun penamat, kami akan membekalkan 1 fail kertas kerja mengandungi laporan berikut:-

1. Imbangan Duga

2. Penyata Untung Rugi

3. Kunci Kira-kira

4. Lejer Am

5. Laporan Penghutang

6. Laporan Pemiutang

7. Pengiraan Elaun Modal

8. Pelarasan Pendapatan

9. Salinan Borang Cukai yang telah dihantar ke LHDN

10. Lain-lain maklumat dan dokumen seperti tercatat dalam Borang Cukai. Dokumen seperti resit zakat, resit derma yang diluluskan, bayaran perubatan ibubapa, resit belian buku dan komputer serta lain-lain perbelanjaan yang dibenarkan oleh LHDN yang telah dibayar oleh pembayaran cukai.

Kami membekalkan anda fail kertas kerja untuk semakan LHDN pada masa hadapan. Anda dikehendaki menyimpannya selama 7 tahun.

Perkhidmatan Percukaian

 

    • Kami menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda berkaitan cukai di Malaysia. Disamping menguruskan perkara-perkara berkaitan cukai anda, kami juga memberi berbagai khidmat nasihat berguna berkaitan pematuhan, amalan dan polisi cukai. Berbagai tip dan panduan akan diberi sepanjang tempoh perkhidmatan yang ditawarkan. Yuran bagi kerja-kerja percukaian adalah antara RM 400 – RM 2,000 setahun.

 

  • Kami adalah agen cukai berlesen menyediakan perkhidmatan percukaian bagi Syarikat Sdn. Bhd. , Perkongsian dan Enterprise merangkumi khidmat nasihat bagi pemfailan borang-borang cukai seperti berikut:-

 

1. Borang E

Setiap majikan dikehendaki memfailkan Borang E selewat-lewatnya 31hb Mac setiap tahun. Kami menyediakan khidmat menyediakan laporan kertas kerja payroll untuk semakan LHDN berserta khidmat nasihat pembayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan zakat.

2. Borang BE

Setiap individu yang bekerja dan tiada pendapatan punca perniagaan dikehendaki memfailkan Borang BE selewat-lewatnya 30hb April setiap tahun. Anda boleh memfailkannya sendiri tetapi jika anda tiada masa atau mempunyai banyak kemusykilan, kami sedia membantu anda malahan menyediakan fail kertas kerja selain khidmat nasihat yang berkaitan.

3. Borang B dan P

Setiap individu yang berniaga samada peniaga tunggal atau perkongsian dikehendaki memfailkan Borang B (peniaga tunggal) dan Borang P (perkongsian) selewat-lewatnya 30hb Jun setiap tahun. Anda tidak boleh memfailkannya tanpa penyediaan akaun dan cukai yang lengkap. Kami sedia membantu malahan menyediakan fail kertas kerja akaun yang lengkap selain khidmat nasihat yang berkaitan.

4. Borang C dan R

Setiap syarikat Sdn. Bhd. dikehendaki memfailkan Borang C dan R dalam tempoh selewat-lewatnya 7 bulan dari tarikh tutup akaun setiap tahun. Anda tidak boleh memfailkannya tanpa penyediaan audit dan cukai yang lengkap. Kami sedia membantu selain memberi khidmat nasihat yang berkaitan.

5. Borang CP204, CP204A, CP204B dan CP207

Setiap syarikat Sdn. Bhd. dikehendaki memfailkan Borang CP204 iaitu anggaran cukai dalam tempoh selewat-lewatnya 30 hari sebelum bermula tarikh perakaunan baru setiap tahun. Anda juga boleh memfailkan pindaan anggaran cukai pada bulan ke 6 dan ke 9 atau kedua-duanya menerusi Borang CP204A. Jika berlaku pertukaran tempoh perakaunan anda kena memfailkan Borang CP204B. Bayaran ansuran pertama bermula bulan ke 2 menggunakan slip pengiriman bayaran CP207 dan dibayar selewat-lewatnya 10 haribulan setiap bulan, jika tidak penalti akan dikenakan. Anda mungkin tidak tahu, tidak prihatin atau lupa, maka kami sedia membantu dengan memberi khidmat nasihat yang berkaitan.

• Semua borang-borang yang tidak difailkan mengikut masa yang ditetapkan, penalti akan dikenakan oleh LHDN. Begitu juga bayaran ansuran Potongan Cukai Berjadual dan ansuran anggaran cukai yang tidak dibayar langsung atau lewat dibayar penalti juga akan dikenakan oleh LHDN. Jika anda tidak mampu memikirkannya, anda perlu agen cukai berlesen membantu dan memberi khidmat nasihat yang berguna.

• Adakah anda menjalankan perniagaan bertahun-tahun tetapi anda tidak pernah ataupun sudah lama tidak memfailkan ke LHDN? Jika anda telah ada nombor fail cukai, LHDN akan menganggarkan cukai anda akan bertambah setiap tahun. Kegagalan menghantar borang cukai dan membuat bayaran akan menyebabkan anda gagal ke Luar Negara kerana nama anda telah disenarai hitam. Dengan pengalaman yang ada, kami berupaya dalam menyelesaikan masalah percukaian syarikat, perkongsian dan perniagaan enterprise yang tertunggak bertahun-tahun tidak dibuat atau difailkan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri

• Kami juga berpengalaman dalam berurusan dengan penyiasatan audit luar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kami boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan lancar.

Perkhidmatan Perakaunan Dan Percukaian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s