image-431.jpg

PENUBUHAN SYARIKAT – DOKUMEN SIMPANAN ANDA

-http://lesenkontraktor.com/wp-content/uploads/2013/05/nbc-ad-1460-336×280.gif-

nbc ad 1460 336x280

DOKUMEN SIMPANAN ANDA

Dokumen yang akan anda terima apabila selesai proses penubuhan Syarikat, pihak Setiausaha Syarikat pada kebiasaanya akan menyerahkan beberapa dokumen untuk simpanan dan rujukan pihak Syarikat. Antaranya :
  • 5 salinan Memorandum dan Artikel (M & A) termasuk Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat)
  • 5 salinan Borang 44 (Pejabat Berdaftar)
  • 5 salinan Borang 49 (Maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha)
  • 5 salinan Borang 24 (Maklumat Saham, Pengagihan dan Pemegang Saham)
  • Resolusi pembukaan Akaun Semasa Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)

Kesemua salinan dokumen tersebut akan ditandatangi dan disahkan (Certified True Copy) oleh Setiausaha Syarikat.

Sementara itu, pihak Setiausaha Syarikat akan menyimpan sebahagian dokumen anda bagi membolehkan Setiausaha Syarikat mengemaskini maklumat syarikat. Antaranya :

  • Buku Minit
  • Daftar Ahli/Pemegang Syer
  • Daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha
  • Common seal
  • Buku sijil

 SYARIKAT SDN. BHD. : PENUBUHAN SYARIKAT BARU

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.)

Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) dan Tindakan Mahkamah.

Organisasi Syarikat

Seperti termaktub didalam Akta Syarikat 1965, setiap Syarikat Sdn. Bhd. mestilah mempunyai Ahli Lembaga Pengarah, Juruaudit Syarikat dan Setiausaha Syarikat.

Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah-tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan.

Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.

Dokumen Berkanun

Syarikat mestilah mempunyai dokumen berkanun yang wajib disimpan seperti berikut, Buku Daftar Pemegang Saham, Buku Daftar Pengarah, Pengurus, Setiausaha dan Cagaran, Buku Minit Mesyuarat, Cop Mohor, Buku Sijil Saham. Pada kebiasaanya pihak Setiausaha Syarikat akan menyimpan dan mengawal selia dokumen-dokumen tersebut selaras dengan peranan dan tanggungjawab Setiausaha Syarikat.

PROSES PENDAFTARAN

PERINGKAT PERTAMA

Permohonan Pencarian Nama:

Kelulusan perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nama Syarikat yang dicadangkan perlulah mendapat kelulusan sebelum proses lain dijalankan. Nama Syarikat baru yang dicadangkan hendaklah bersesuaian dan tidak terlalu ekstrim.

Tidak boleh menggunakan nama yang dikawal seperti penggunaan nama PUTERA, MAS, NEGERI, RAJA dan sebagainya. Digalakkan juga menggunakan lebih 2 atau 3 patah perkataan.

Sebagai contoh … Cinta Anggun Resources Sdn. Bhd. Pihak SSM juga membenarkan penggunaan Bahasa Asing tetapi perlu mendefinisikan kedalam Bahasa Malaysia atau English. Sebagai contoh … Kappa Sigma Sdn. Bhd. (Bahasa Greek : Kappa = K dan Sigma = S).

Setiap permohonan perlu dibayar akan yuran pemprosesan nama. Oleh yang demikian dinasihatkan berhati-hati dalam pencarian nama baru Syarikat supaya mengelakkan pembaziran wang dan juga masa. Untuk makluman pihak Syarikat dibenarkan mengubah nama Syarikat pada masa akan datang nama lain sekiranya perlu.

Pada ketika ini (1 September 2010) bilangan Syarikat Sdn. Bhd. dan Berhad yang telah ditubuhkan telah mencapai angka 900,000 Syarikat dan ianya semakin berkembang dengan pesatnya.

PERINGKAT KEDUA

Pada peringkat ini, selepas kelulusan nama diperolehi dari pihak SSM, maka perlulah disediakan borang dan dokumen berkaitan sebelum pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat (Borang 9). Tempoh maksimum diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan dokumen berkaitan.

Antaranya :

1. Memorandum dan Artikel Syarikat (M & A). Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara penting yang dinyatakan adalah :

  • Aktiviti utama Syarikat – Penyenaraian 3 aktiviti utama perniagaan
  • Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar (Authorised and Paid-up Capital)
  • Maklumat Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat Syarikat pertama
  • Sekatan terhadap jualan saham Syarikat
  • Ahli yang tidak melebihi 50 orang.

2. Borang 48A iaitu borang perlantikkan Pengarah dan Pemegang Saham – Merupakan borang pengistiharan dimana beliau tidak muflis dan tidak terbabit dan bersalah dalam kesalahan Akta Syarikat.

3. Borang 6 – Penyata Pematuhan

Kesemua borang dan dokumen yang berkaitan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dimeterai dengan Duti Setem. Pada peringkat ini juga yuran pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada SSM bagi membolehkan ianya diproses.

PERINGKAT TERAKHIR

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan. Kebiasaanya proses ini menbambil masa 1 atau 2 hari. Susulan dari itu terdapat beberapa dokumen yang perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

  • Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham yang menerangkan akan Saham Dibenarkan dan Diterbitkan dan juga maklumat Pemegang Saham
  • Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dan kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat
  • Borang 49 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.

MESYUARAT PARA PENGARAH PERTAMA – RESOLUSI

Merupakan resolusi Syarikat apabila Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 telah dikeluarkan oleh SSM. Antara kandungannya adalah :

  • Menerima dan mengambilkira akan Sijil Penubuhan Syarikat, Memorandum dan Artikel Syarikat dan Cap Mohor Syarikat
  • Melantik Pengarah pertama
  • Melantik Setiausaha Syarikat pertama
  • Menentukan Alamat Berdaftar Syarikat
  • Menentukan struktur dan pengagihan saham Syarikat

Sijil saham akan dikeluarkan berpandukan kepada Resolusi Mesyuarat Pengarah Pertama.

DOKUMEN SIMPANAN ANDA

Apabila selesai proses penubuhan Syarikat, pihak Setiausaha Syarikat pada kebiasaanya akan menyerahkan beberapa dokumen untuk simpanan dan rujukan pihak Syarikat. Antaranya :

  • 5 salinan Memorandum dan Artikel (M & A)
  • 5 salinan Borang 44 (Pejabat Berdaftar)
  • 5 salinan Borang 49 (Maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha)
  • 5 salinanBorang 24 (Maklumat Saham, Pengagihan dan Pemegang Saham)
  • 5 salinan Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat)
  • Resolusi pembukaan Akaun Semasa Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)

Kesemua salinan dokumen tersebut akan ditandatangi dan disahkan (Certified True Copy) oleh Setiausaha Syarikat.

PENUBUHAN SYARIKAT – DOKUMEN SIMPANAN ANDA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s