image-476.jpg

[INFO] – PERBEZAAN DIANTARA MODAL DIBENARKAN (AUTHORISED CAPITAL) & MODAL BERBAYAR (PAID-UP CAPITAL).

-http://lesenkontraktor.com/wp-content/uploads/2013/05/Logo-Suruhanjaya-Syarikat-Malaysia-SSM.png-

[INFO] Bagi Syarikat Sdn. Bhd. pekara Modal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

a. MODAL DIBENARKAN (AUTHORISED CAPITAL) &
b. MODAL BERBAYAR (PAID-UP CAPITAL).

Modal Dibenarkan (Authorised Capital). Ini merupakan TAHAP Modal yang dibenarkan untuk diterbitkan. Sebagai Contoh Modal Dibenarkan RM100,000 … maka jumlah modal yang boleh diterbitkan adalah setakat maksimum RM100,000. Kalau Modal Dibenarkan RM500,000, maka jumlah modal yang boleh diterbitkan adalah setakat maksimum RM500,000 sahaja. Begitu seterusnya.

Sekiranya Tuan mempunyai modal kurang dari RM100,000, maka terbitkan setakat yang termampu. Sebagai contoh Tuan mempunyai wang sebanyak RM70,000 … maka yang terbaik adalah :

– – – – – – – – > Modal Dibenarkan = RM100,000
– – – – – – – – > Modal Berbayar = RM70,000

Malah Tuan boleh menerbitkan Modal Berbayar sebanyak RM2 (iaitu paling minimum).

Sekiranya dimasa hadapan, pihak Syarikat ingin menambah modal, maka maksimum modal yang boleh diterbitkan adalah RM30,000 sahaja. Ini adalah kerana had limit Modal Dibenarkan adalah setakat RM100,000 sahaja.

Namum sekiranya pihak Syarikat ingin menambah modal melebihi tahap ini, maka Modal Dibenarkan perlu diubah ke pada tahap yang sesuai. Berikut adalah kadar Modal Dibenarkan :

a. Modal Dibenarkan = RM100,000
b. RM100,000 ke RM500,000
c. RM500,000 ke RM1,000,000
d. RM1,000,000 ke RM1,500,000 dan seterusnya

Untuk makluman, semakin tinggi Modal Dibenarkan yg dipilih, maka semakin kos penubuhan Syarikat. Kos ini akan dibayar kepada pihak SSM sebagai Yuran Penubuhan seperti yg telah ditetapkan oleh SSM. Sebagai contoh penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. bagi Modal Dibenarkan adalah RM500,000 … Yuran SSM untuk tahap ini sahaja adalah RM3,000 (Yuran Penambahan dari Modal Dibenarkan RM100,000 ke RM500,000). Belum termasuk kos2 lain seperti seperti Buku Berkanun, Hasil Cukai dsb.

Modal Diterbitkan … boleh diterbitkan melalui Tunai dan setara Tunai. Maksudnya selain dari Tunai, ianya boleh digunakan sebagai Modal. Sebagai contoh Kenderaan, Bangunan, Stok Bahan Mentah dsb.

[INFO] – PERBEZAAN DIANTARA MODAL DIBENARKAN (AUTHORISED CAPITAL) & MODAL BERBAYAR (PAID-UP CAPITAL).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s